MPU2103 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO(SUKAN DAN PERPADUAN)

                       PENGENALAN SUKAN DAN PERPADUAN


Sukan ialah terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan keseronokan,pembagunan,kecerdasan,kemahiran dan lain-lain lagi. Sukan ialah salah satu aktiviti riadah yang dilakukan oleh segelintir masyarakat ia terdiri daripada bersenam ketika waktu lapang bersama keluarga atau rakan-rakan . Sukan adalah aktiviti yang mengandungi latihan berguna secara rekreasi dan peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan



    Perpaduan salah satu proses yang menyatupadukan setiap anggota masyarakat dan negara agar dapat membentuk satu identiti atau nilai bersama serta satu perasaan cinta kepada tanah air di kalangan masyarakat kini.Perpaduan juga merupakan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan dalam sesebuah masyarakat dan kumpulan.ia dapat dilihat dalam semua hubungan social yang mengaitkan manusia seperti berdasarkan hubungan dalam keluargaan dan nilai saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.

     Sehingga hari ini, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengeratkan sukan dan perpaduan antara kaum di Malaysia bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan negara kita dan memastikan peristiwa 13 Mei tidak berulang kembali. Antara kaedah untuk menjadikan sukan sebagai medium dalam membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia.


DISEDIAKAN OLEH:

NURUL SURIANA BINTI ABDUL GHANI , 04DPM20F1056

                                                           



                                                                  ISI & KETERANGAN 


     Tahukah anda bahawa dengan sukan kita dapat memperkukuhkan lagi perpaduan di negara kita. Hal ini dapat kita lihat dengan jelas kerana sukan tidak pernah mengira agama, keturunan,bangsa,warna kulit serta kepercayaan yang mampu menghalang interaksi antara penyokong, pemain, pengurusan dan masa perkara ini jelas terbukti kerana sukan mampu memecahkan tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutamanya dalam ‘kemajmukan’ serta menghargai dan mencipta ‘semangat satu negara, satu matlamat’.


                                                                   

    Penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di negara ini dapat kita lihat dengan pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah di Malaysia Dasar tersebut telah membuktikan bahawa sukan dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Menurut kata  Datuk Asariah Meor Shaharuddin,Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, dengan menceburi bidang sukan, kita akan dapat memupuk semangat berpasukan  dan setiakawan lebih-lebih lagi  dalam kalangan masyarakat majmuk seperti di negara kita di sekaligus kita mampu melahirkan atlit yang berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa.

    Hal ini bukan rekaan cerita semata-mata tetapi realiti yang berlaku di depan mata yang mampu kita lihat sendiri, sukan meupakan landasan untuk mempupuk perpaduan antara kaum. Jikalau tidak percaya, hal ini dapat kita buktikan ketika pasukan Harimau Malaya bertanding dan secara automatiknya semua sempadan terhapus kerana semua orang memberikan perhatian yang sepenuhnya agar kemenangan itu dapat dicapai. Semua orang akan bersatu bersama-sama menjerit dan bersorak dengan satu citra. Harimau Malaya harus menang dan jika kita berdepan dengan kekalahan kita akan sama-sama kecewa, ingat menang sama-sama,kalah pun sama-sama

  SUKAN AGEN PERPADUAN                                                                   

MALAYSIA BERBILANG KAUM

  Tahukan anda bahawa sukan juga  merupakan agen  perpaduan hal ini kerana dengan sukan kita dapat menyatupadukan rakyat. Aktiviti bersukan juga dapat menerapkan sikap disiplin serta integriti dalam kalangan peserta pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

     Acara berkumpulan memerlukan semangat kerjasama yang tinggi di antara ahli kumpulan tanpa mengira kepercayaan masing-masing  warna kulit . jikalau  masing-masing boleh membuang sifat perkauman serta sikap prejudis di kalangan ahli kumpulan yang berlainan bangsa, semestinya kumpulan sukan tersebut mampu  melangkah lebih jauh serta mencapai kemenangan dan mengarumkan nama Malaysia.


DISEDIAKAN OLEH:

 

NUR AMALIN BINTI MOHD APENDI , 04DPM20F1060





                                                                         KESIMPULAN


       Sukan telah dapat menyatupadukan seluruh masyarakat di Malaysia kerana tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama kita saling bekerjasama untuk berusaha bersungguh-sungguh mengharumkan negara kita di persada antarabangsa dalam bidang sukan. Hal ini dapat dibuktikan melalui sokongan rakyat negara kita terhadap para atlet tanpa mengira kaum apabila berlangsungnya temasya sukan di negara lain. Contohnya sewaktu berlangsungnya sukan SEA di Filipina, ramai rakyat negara kita yang memberi sokongan sama ada secara nyata mahupun secara maya terhadap atlet Malaysia yang bertanding di Filipina. Justeru itu jelaslah bahawa sukan dapat menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama di Malaysia.


DISEDIAKAN OLEH:

AISYAH BINTI KHALIQ , 04DPM20F1080



                                                                       LAMPIRAN     


SITI NUR ZULAIKHA BINTI MOHD SUKRI , 04DPM20F1022




Comments